Sunday, 18 November 2012

Don't judge a book by its cover


Don't judge a book by its cover means not to judge people or things by what they look like from the outside. Sometimes we easily judge people without knowing them very well. People should not be judged by how they look but be judged by their actions. It actually means that people cannot be judged by what they appear at first.

We have to know that each of people is different and it is necessary to get to know them before we can judge them. It means not to judge people by the way they look or act.  It may something very interesting and powerful can be inside them.

I’m sure some of us have many experiences regarding to meet someone that we did not know very well but we tend to judge them based on what see.  Such as if someone looks funny and we don't know them we shouldn't make fun of them because they could turn out to be the nicest person we ever met.





Also if someone advertises for a product and we make our assumption that that the products do not work properly.  So, we should not easily judge like that because it might work really well and it will be fun for us to have.

On the other hand something could look good and be really bad. So if someone is really pretty that doesn't mean ‘oh, that person is really pretty they must be nice!'. Or if we look at with someone that may have a bad appearance, doesn’t mean that people have a bad attitude and they could be a nice person.

There is no doubt that people can be extremely judgmental about everything.  From the clothes we wear to the cars we drive to the music we listen to, it seems like someone always has a negative opinion about us if they judge without knowing the people from the beginning until the end.

 We are all human beings here, and I’m sure the majority of us are insecure about our looks.  So who are we to judge others? The most important ‘DONT JUDGE A PERSON ON HOW THEY LOOK AND ONLY JUDGE THEM ON WHO THEY REALLY ARE!’


Saturday, 10 November 2012

Perlukah dengki dan cemburu?


Perasaan cemburu merupakan naluri manusia yang sukar dibendung. Ada pelbagai sifat cemburu samada positif mahupun negatif. Persoalannya, adakah kita mampu untuk mengawal perasaan cemburu ini?



Bila menyebut pasal cemburu, ramai yang akan menuding jari kepada wanita. Kebanyakannya menganggap golongan hawa kuat cemburu. Hakikatnya, sifat cemburu bukan hanya dimiliki oleh wanita tetapi juga lelaki.

Kita sebagai manusia biasa, memang tidak boleh lari dengan perasaan cemburu..ianya akan  terus mendiami di dalam hati kita selagi tidak dirawat dengan sempurna. Namun, semuanya terpulang pada diri kita sendiri kerana kita yang lebih mengenali diri kita sendiri berbanding dengan orang lain.

Perasaan dengki dan cemburu hadir apabila kita merasakan diri kita kurang dan lemah berbanding dengan orang lain. Kita berasa cemburu apabila melihat kelebihan dan kejayaan yang orang lain miliki. Dengan ini, perasaan ini akan menjadi lebih parah apabila kita mempunyai niat yang tidak baik terhadap mereka. Contohnya, merancang perkara yang tidak elok semata-mata untuk menjatuhkan orang yang kita cemburu

Makin besar perasaan dengki dan cemburu yang ada pada seseorang, makin besar api kesengsaraan dan kegelisahan yang terkumpul di dalam jiwa kita. Jika perasaan ini terus dipendam di dalam jiwa, maka akan lahirlah perubahan-perubahan buruk yang akan mengubah sikap dan perilaku seseorang itu.

Kita sepatutnya bersyukur dengan kelebihan yang kita miliki kerana setiap manusia mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Orang yang percaya kepada kelebihan dan kecekapan yang ada pada dirinya tidak akan ada tempat di dalam hatinya untuk perasaan dengki dan cemburu.

Bahkan apabila melihat kejayaan orang lain, kita seharusnya ada perasaan  untuk mempelajari segala rahsia kejayaan orang tersebut sebagai contoh dan teladan untuk membina kejayaan untuk diri kita sendiri.

Begitu juga dengan sikap cemburu pada pasangan masing-masing. Kita boleh menunjukkan perasaan cemburu pada orang yang kita sayang, tetapi hendaklah dikawal dengan baik dan sempurna. Hubungan yang baik seharusnya disemai dengan penuh keikhlasan dan saling mempercayai bukannya melalui perasaan cemburu yang keterlaluan.

Maka, bersyukur dengan apa yang kita miliki adalah kunci utama untuk membuang sifat cemburu dan seterusnya akan mendatangkan kebahagiaan dan ketenangan di dalam hati kita.. 


Friday, 2 November 2012

Perempuan & Cermin tidak dapat dipisahkan..


Perempuan dengan cermin tidak dapat dipisahkan? Memang ya! Ini kerana kebanyakan daripada kita akan melihat cermin pada setiap hari. Tipu rasanya kalau ada yang mengatakan mereka tidak pernah melihat cermin. Cermin ibarat peneman bagi sesetengah perempuan.


Cermin dibawa ke mana sahaja...dalam beg pun ada, apetah lagi dekat rumah sudah semestinya ada...bahkan ada sesetengah perempuan mempunyai cermin kesukaan.

Namun, wahai perempuan-perempuan sekalian, janganlah kita terlalu obses dengan objek yang bernama cermin ini. Kadang-kadang cermin ini ada keburukannya.

Salah satunya apabila mereka selalu melihat cermin, mereka akan merasakan banyak kekurangan  pada diri mereka sendiri padahal semuanya nampak elok je...


Contohnya, "gemuknya aku!" "kenapa aku tak cantik macam orang lain!".. SubhanaAllah..jangan sesekali kita mempertikaikan segala kejadian yang sudah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Semua manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tiada sesiapa yang bergelar manusia bersifat sempurna tanpa sedikit pun cacat cela.


Sebaliknya ada juga yang perasan cantik apabila terlalu obeses tengok cermin..huhu..setiap 5 minit tengok cermin..eh..ada ke? mungkin ada..

Tiba-tiba teringat apa yang pernah diajar oleh ustazah ketika di sekolah dulu..kita boleh melihat cermin kerana sudah tentu nak menguruskan diri kita pun kita akan melihat cermin.


Tetapi, ada niatnya..contohnya, apabila melihat cermin terus terdetik dalam hati kita "Alhamdulillah Kau baikkan kejadiaanku, dan baikkan juga akhlakku.."
Sampai sekarang kata-kata ustazah sentiasa terngiang-ngiang di telinga ini ketika melihat cermin..

Bagi sesiapa yang terlalu obses dengan cermin, boleh sama-sama amalkan ayat di atas..huhu..lagipun tiada gunanya kita terlalu riak dengan apa yang kita ada. Semua keindahan dan kecantikan yang kita miliki sekarang hanyalah pinjaman semata-mata. Bila-bila masa sahaja boleh ditarik balik oleh-Nya..

Sekadar pengkongsian untuk bersama.. :-)

Thursday, 1 November 2012

Belajar atau bekerja menjadi kegemaran?


Kalau anda diberi pilihan, antara belajar dan bekerja yang manakah menjadi kegemaran anda? Setiap orang penah merasai kesenangan dan juga kesusahan dalam menjalani kehidupan seharian ini. Oleh itu, untuk mencapai sesuatu perlu diteruskan dengan usaha dan bukannya menunggu ianya datang bergolek di depan kita.

Ketika di sekolah, saya pasti ramai yang tidak sabar untuk keluar dari sekolah dan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Apabila sudah berada di menara gading, kita juga mempunyai perasaan yang berkobar-kobar untuk menceburi bidang pekerjaan. Masa diharapkan akan berlalu dengan cepat untuk kita  menempuh alam pekerjaan dengan suasana yang lebih baik.

Tetapi, hakikatnya bidang pekerjaan juga bukannya sesuatu yang senang. Ketika menjadi seorang pelajar, kebanyakan daripada  kita mengeluh kerana terlampau banyak assingment yang harus dilakukan. Kita terpaksa buat banyak benda dan mengejar "dateline" yang sudah ditetapkan oleh pensyarah. Pada masa itu, mungkin kita rasa bekerja lebih baik kerana bekerja mungkin kerjanya tidak terlalu banyak dalam sesuatu masa.


Bagi pendapat saya, belajar atau bekerja kedua-duanya mempunyai keseronokan mahupun cabaran yang harus ditempuhi.  Saya pernah mempunyai pengalaman ketika bekerja. Ketika itu saya bekerja di sebuah syarikat kontraktor di Kuala Terengganu selepas tamat pengajian diploma di UITM Alor Gajah, Melaka.

Saat paling bermakna ketika bergelar seorang pekerja apabila kita diberi kepercayaan untuk membuat sesuatu di luar bidang kita. Walaupun agak susah, tetapi rasa minat itu akan timbul dengan sendirinya dengan adanya tunjuk ajar dari rakan sekerja dan majikan itu sendiri.

Ketika bekerja, mungkin banyak perbezaannya dengan belajar. Kita belajar khususnya untuk mendapat ilmu daripada pensyarah dan ingin mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Apa yang kita lakukan sepenuhnya kita sendiri yang akan tanggung. Tetapi, apabila bekerja, kita perlu mengambil kira semua aspek. Jika tersilap langkah, ianya akan memberi kesan kepada seluruh organisasi.



Secara keseluruhannya, kita berbalik kepada apa yang pernah saya bincangkan sebelum ni..bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita diberi peluang untuk bergelar seorang pelajar, gunakan peluang itu dengan sebaik mungkin. Belajar dengan niat untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Bagi yang sudah bekerja pula, anda sepatutnya bersyukur dengan apa yang anda sudah miliki. Apa yang anda miliki itu juga berkat dan usaha anda ketika bergelar seorang pelajar juga. Tetapi, harus diingat jangan riak dan bangga dengan pencapaian itu kerana harta benda itu hanyalah pinjaman sementara dan tidak kekal.

Kita selamanya tidak akan berada di atas. Apabila berada di atas, dengan mudah kita boleh jatuh ke bawah..dan apabila berada di bawah, tidak mustahil untuk kita berada di atas..

Sekian..