Monday, 29 October 2012

Sahabat vs Cinta

Sahabat atau Cinta? Yang manakah menjadi keutamaan anda sekarang? Saya pasti kita semua mempunyai ramai sahabat kerana kita mula mengenali SAHABAT sejak kita kecil lagi. Ketika kita kecil sehingga kita meningkat dewasa, bilangan SAHABAT kita semakin bertambah. Tetapi, apabila kita mula mengenali CINTA, adakah SAHABAT akan mula rasa tersisih dan  ditinggalkan??

Sesetengah orang berpendapat mereka lebih memementingkan SAHABAT daripada CINTA kerana SAHABAT itu selamanya..Mereka kata CINTA itu buta dan boleh menyebabkan kita jatuh dan terluka. Siapa yang akan datang dengan memberi bantuan dan berusaha untuk pulihkan kita? Sudah tentu insan yang bergelar SAHABAT..

CINTA dilayan sepanjang masa tanpa sedikit pun rungutan yang keluar dari mulutnya..CINTA telefon sampai ke tengah malam pun turut dilayan. CINTA merajuk kita sanggup pujuk..tetapi, bila SAHABAT merajuk, dikatakan mengada-ngada..bila SAHABAT ada masalah tidak pula kita  endahkan kerana CINTA menjadi keutamaan lebih dari segala-galanya..

Tambahan lagi, kalau kita tengok dunia sekarang, berapa ramai yang sanggup berkorban untuk SAHABAT? Kebanyakan daripada kita terutamanya remaja di luar sana lebih merasai kemanisan apabila bertemu dengan CINTA. Mereka mengatakan CINTA adalah segala-galanya dan sanggup bekorban apa sahaja demi CINTA. Begitu kuatkah kuasa CINTA ini?

Namun, sedarkah kita SAHABAT juga yang akan kita cari apabila kita mula dilukai oleh CINTA..CINTA dengan mudah akan buang kita dari hidupnya untuk selama-lamanya. Tetapi, SAHABAT tidak akan sesekali membuang kita walaupun luka yang dirasai masih dalam. SAHABAT akan menerima setiap kelemahan kita tetapi CINTA tidak semuanya akan menerimanya dengan hati yang ikhlas. 

Apabila SAHABAT menegur tentang CINTA, dikatakan cemburu dan mula melenting..Kata-kata yang keluar daripada mulut SAHABAT ibaratkan masuk telinga kanan kuar telinga kiri. Tetapi apabila CINTA menegur tentang SAHABAT, dengan mudah kita menerimanya tanpa memihak kepada SAHABAT. Sedangkan SAHABAT cuma memberikan pandangan dan tidak mahu kita kecewa. Ramai yang berpendapat jika SAHABAT boleh menerima CINTA, mungkin CINTA itu adalah yang terbaik untuk kita. 



So, moral of the story..
Hargailah sahabat-sahabat kita semua..sahabat sejati mungkin sukar dicari dan kita seharusnya boleh menilai erti sahabat dan cinta. Namun, kita juga berhak untuk memiliki cinta kerana cinta itu adalah anugerah daripada Allah s.w.t. Cinta itu indah jika disemaikan dengan kasih sayang, keikhlasan dan kejujuran tanpa melupakan cinta seorang hamba kepada penciptanya.. "Allah Yang Maha Esa" .


No comments:

Post a Comment