Friday, 2 November 2012

Perempuan & Cermin tidak dapat dipisahkan..


Perempuan dengan cermin tidak dapat dipisahkan? Memang ya! Ini kerana kebanyakan daripada kita akan melihat cermin pada setiap hari. Tipu rasanya kalau ada yang mengatakan mereka tidak pernah melihat cermin. Cermin ibarat peneman bagi sesetengah perempuan.


Cermin dibawa ke mana sahaja...dalam beg pun ada, apetah lagi dekat rumah sudah semestinya ada...bahkan ada sesetengah perempuan mempunyai cermin kesukaan.

Namun, wahai perempuan-perempuan sekalian, janganlah kita terlalu obses dengan objek yang bernama cermin ini. Kadang-kadang cermin ini ada keburukannya.

Salah satunya apabila mereka selalu melihat cermin, mereka akan merasakan banyak kekurangan  pada diri mereka sendiri padahal semuanya nampak elok je...


Contohnya, "gemuknya aku!" "kenapa aku tak cantik macam orang lain!".. SubhanaAllah..jangan sesekali kita mempertikaikan segala kejadian yang sudah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Semua manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tiada sesiapa yang bergelar manusia bersifat sempurna tanpa sedikit pun cacat cela.


Sebaliknya ada juga yang perasan cantik apabila terlalu obeses tengok cermin..huhu..setiap 5 minit tengok cermin..eh..ada ke? mungkin ada..

Tiba-tiba teringat apa yang pernah diajar oleh ustazah ketika di sekolah dulu..kita boleh melihat cermin kerana sudah tentu nak menguruskan diri kita pun kita akan melihat cermin.


Tetapi, ada niatnya..contohnya, apabila melihat cermin terus terdetik dalam hati kita "Alhamdulillah Kau baikkan kejadiaanku, dan baikkan juga akhlakku.."
Sampai sekarang kata-kata ustazah sentiasa terngiang-ngiang di telinga ini ketika melihat cermin..

Bagi sesiapa yang terlalu obses dengan cermin, boleh sama-sama amalkan ayat di atas..huhu..lagipun tiada gunanya kita terlalu riak dengan apa yang kita ada. Semua keindahan dan kecantikan yang kita miliki sekarang hanyalah pinjaman semata-mata. Bila-bila masa sahaja boleh ditarik balik oleh-Nya..

Sekadar pengkongsian untuk bersama.. :-)

No comments:

Post a Comment