Tuesday, 30 October 2012

Jenayah melibatkan senjata api di kalangan remaja


Sering kali kita digemparkan dengan berita mengenai kejadian rompakan yang melibatkan senjata api di beberapa negara lain terutama negara yang berjiran dengan kita. Namun begitu, tahukah kita bahawa sebenarnya negara kita sendiri juga tidak terlepas daripada ancaman yang melibatkan kes senjata api ini terutamanya di kalangan remaja?

Peratusan kes rompakan bersenjatakan api ini semakin meningkat dan akan terus berleluasa jika tidak dibendung dengan segera. Malah, semakin ramai yang akan terkorban dan menjadi mangsa kes rompakan ini. Persoalannya, kenapa mereka bertindak sedemikian? Isu ini perlu dikupas dengan segera untuk mencari jalan penyelesaian mahupun inisiatif yang sesuai supaya perompak-perompak ini tidak bertindak lebih ganas dan di luar kawalan pihak polis.


Banyak kes yang melibatkan senjata api ini telah berlaku di setiap negeri. Sebagai contoh, kes yang berlaku di Kuala Lumpur, seorang remaja tampil menyerah diri bersendirian apabila gambarnya telah disiarkan media. Hal ini disebabkan remaja berkenaan merupakan suspek utama kes tembakan yang mencederakan dua anggota polis di Jalan Kuchai Lama, di sini 26 September yang lalu.


Jika kita mengkaji keseluruhan kes ini, kenapa remaja berkenaan boleh bertindak dengan begitu berani sedangkan dengan umur belasan tersebut dia seharusnya lebih menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Mungkin juga pengaruh rakan sebaya juga telah menyebabkan remaja ini bertindak sedemikian. Kebiasaannya, golongan remaja suka mencuba sesuatu yang baru dan mereka hanya mementingkan keseronokan tanpa memikirkan kesan yang akan mereka hadapi pada jangka masa panjang.



Kebanyakan daripada kita tertanya-tanya di manakah penjenayah berkenaan  mendapat bahan-bahan untuk melaksanakan jenayah tersebut. Adakah terdapat sindiket-sindiket tertentu yang telah melebarkan sayap mereka dengan mengeksport senjata api tersebut? Semua ini sentiasa berlegar-legar di fikiran kita untuk turut sama mengetahui apakah puncanya supaya kita dapat bersama-sama menyelesaikan kes ini daripada terus berleluasa di merata tempat.

Secara keseluruhannya, pihak polis perlu memainkan peranan dengan sebaiknya untuk membendung masalah jenayah yang melibatkan senjata api ini. Hukuman yang lebih berat perlu dilaksanakan agar masyarakat memandang masalah ini dengan lebih serius dan boleh mengambil langkah yang sewajarnya. Dengan ini, kita seharusnya berganding bahu untuk bersama-sama membangunkan negara kita tanpa membiarkan masalah ini daripada berlarutan.

Always thankful for what we already have..


We as human beings are given all things to complete our lives..whether in terms of property or other favors..but do we really thankful for what we already have?? Do not wait until we lose something and at that time it is not useful anymore. The most important is always appreciate what we already have, especially those who are always around us.

I may not be able to have everything, but I'm thankful for having what is most meaningful in my life. This all is enough for me to keep hard work in order to achieve success in life.

1) Family
Family is everything ...our parents always with us since childhood till we grow older. I'm thankful to have parents who are very understanding and always at my side during good times also difficult times.


I also consider my parents especially my mother as my friend because I will tell them everything whatever happens in my life. Although i'm studying far from them, I will never forget my family..because without our family we will not stand as it is now. 

Maybe there are some people out there who do not appreciate their parents like leave their parents alone. This should not happen in our society because parents should be care with the most sincerity. They never complain when they take care of us..why we cannot take care of them when they are older?


2) Friends
Besides the family, we should be grateful to have a friends who have always been with us. A good friend will receive all  our weaknesses and will try to keep the bonds of friendship as possible. But, we must remember that friendships may be destroyed if we do not appreciate them someday..


True friends are hard to find. I'm grateful to have a friends who always supported me and always helped me when I need  them.

It is important for us to appreciate friends because we mostly spend our time with friends apart our family. For me, friends are people who really understand us. We can trust them because they can provide ideas and views what is the best for ourselves.
                          

p/s : Always appreciate people around us..

So, we should always thankful for what we already have. :D

Monday, 29 October 2012

Kalau saya bukan pelajar Masscomm..

Masa berlalu begitu pantas mengikut putarannya. Namun begitu, tiada siapa boleh mengubah masa yang sentiasa berganjak dari hari ke hari yang lain. Kini, saya sudah bergelar mahasiswa tahun kedua di Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Selangor.

Terdapat banyak kenangan manis mahupun pahit sepanjang bergelar seorang mahasiswa dalam fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Namun demikian, segala onak duri telah dapat di tempuhi dengan penuh sabar dan tabah. Syukur Alhamdulillah segulung diploma telah dapat digenggam dan kini menunggu masa untuk mendapatkan segulung ijazah.

Jika kembali kepada masa lalu, jauh di sudut hati saya tidak pernah menyangka yang saya akan bergelar seorang pelajar Masscomm. Jika diingatkan balik, saya mempunyai cita –cita lain yang sudah ditanam sejak kecil lagi.

Kalau saya bukan pelajar Masscomm, saya adalah seorang guru kerana saya memang bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia, saya mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan. Bayangan untuk menjadi seorang guru sudah terlekat di dalam fikiran saya.

Bagi pendapat saya, kerjaya sebagai seorang guru sangat mulia kerana guru merupakan orang yang banyak berjasa dalam mendidik pelajar-pelajar menjadi seorang yang berguna. Tambahan lagi, guru berperanan memberikan ilmu supaya anak muridnya berjaya dengan cemerlang dan juga berjaya mencapai apa yang dihajati. Jika anak muridnya berjaya, gurulah orang paling gembira selain ibu bapa kerana guru berasa segala jasa dan bakti mereka telah membuahkan hasil yang baik.

Saya mungkin seorang guru Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris kerana saya amat berminat untuk lebih mendalami dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ilmu adalah penyuluh kehidupan yang mana guru adalah seorang yang diberi tanggungjawab yang besar dalam menerangi hidup anak muridnya.

Semasa berada di sekolah, guru adalah orang yang paling banyak meluangkan masa dengan kita. Ketika kita menghadapi masalah berkaitan dengan pelajaran mahupun soal peribadi, guru juga tempat kita mengadu dan mereka juga tidak lokek untuk membantu ketika kita dalam kesusahan.

Seterusnya, saya juga mempunyai seorang idola ketika di sekolah. Walaupun berlainan bangsa dan agama, itu tidak menjadi penghalang untuk saya mewujudkan ikatan yang baik demi mendapatkan ilmu yang berguna untuk kegunaan masa hadapan. Cikgu Koo Boon Chin ini merupakan salah seorang guru yang sangat saya kagumi ketika di sekolah menengah kerana cara penyampaiannya ketika mengajar telah menarik minat semua pelajar-pelajar di sekolah saya.

Secara keseluruhannya, semua ini adalah bayangan pada masa lalu kalau saya bukan bergelar pelajar Masscomm. Hakikatnya, saya kini adalah pelajar daripada fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dalam major Pengurusan Komunikasi dan Polisi. Walaupun saya bukan bergelar seorang guru, saya bangga dengan diri saya sekarang yang sudah mencapai tahap yang saya harapkan. Mungkin tidak semua yang kita impikan kita akan dapat dalam sekelip mata.

Namun, saya percaya dengan prinsip “bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”. Saya percaya dengan menceburi bidang Masscomm ini juga mungkin banyak lagi peluang yang lebih baik yang boleh saya genggam.

          
     " NOW, I AM A MASSCOMERS..AND I PROUD TO BE  A MASSCOMERS"

Sahabat vs Cinta

Sahabat atau Cinta? Yang manakah menjadi keutamaan anda sekarang? Saya pasti kita semua mempunyai ramai sahabat kerana kita mula mengenali SAHABAT sejak kita kecil lagi. Ketika kita kecil sehingga kita meningkat dewasa, bilangan SAHABAT kita semakin bertambah. Tetapi, apabila kita mula mengenali CINTA, adakah SAHABAT akan mula rasa tersisih dan  ditinggalkan??

Sesetengah orang berpendapat mereka lebih memementingkan SAHABAT daripada CINTA kerana SAHABAT itu selamanya..Mereka kata CINTA itu buta dan boleh menyebabkan kita jatuh dan terluka. Siapa yang akan datang dengan memberi bantuan dan berusaha untuk pulihkan kita? Sudah tentu insan yang bergelar SAHABAT..

CINTA dilayan sepanjang masa tanpa sedikit pun rungutan yang keluar dari mulutnya..CINTA telefon sampai ke tengah malam pun turut dilayan. CINTA merajuk kita sanggup pujuk..tetapi, bila SAHABAT merajuk, dikatakan mengada-ngada..bila SAHABAT ada masalah tidak pula kita  endahkan kerana CINTA menjadi keutamaan lebih dari segala-galanya..

Tambahan lagi, kalau kita tengok dunia sekarang, berapa ramai yang sanggup berkorban untuk SAHABAT? Kebanyakan daripada kita terutamanya remaja di luar sana lebih merasai kemanisan apabila bertemu dengan CINTA. Mereka mengatakan CINTA adalah segala-galanya dan sanggup bekorban apa sahaja demi CINTA. Begitu kuatkah kuasa CINTA ini?

Namun, sedarkah kita SAHABAT juga yang akan kita cari apabila kita mula dilukai oleh CINTA..CINTA dengan mudah akan buang kita dari hidupnya untuk selama-lamanya. Tetapi, SAHABAT tidak akan sesekali membuang kita walaupun luka yang dirasai masih dalam. SAHABAT akan menerima setiap kelemahan kita tetapi CINTA tidak semuanya akan menerimanya dengan hati yang ikhlas. 

Apabila SAHABAT menegur tentang CINTA, dikatakan cemburu dan mula melenting..Kata-kata yang keluar daripada mulut SAHABAT ibaratkan masuk telinga kanan kuar telinga kiri. Tetapi apabila CINTA menegur tentang SAHABAT, dengan mudah kita menerimanya tanpa memihak kepada SAHABAT. Sedangkan SAHABAT cuma memberikan pandangan dan tidak mahu kita kecewa. Ramai yang berpendapat jika SAHABAT boleh menerima CINTA, mungkin CINTA itu adalah yang terbaik untuk kita. 



So, moral of the story..
Hargailah sahabat-sahabat kita semua..sahabat sejati mungkin sukar dicari dan kita seharusnya boleh menilai erti sahabat dan cinta. Namun, kita juga berhak untuk memiliki cinta kerana cinta itu adalah anugerah daripada Allah s.w.t. Cinta itu indah jika disemaikan dengan kasih sayang, keikhlasan dan kejujuran tanpa melupakan cinta seorang hamba kepada penciptanya.. "Allah Yang Maha Esa" .


Sunday, 21 October 2012

Without parents you're totally nothing!

Kalau kita tengok keadaan sekarang, ramai yang sanggup pinggirkan ibu bapa atau bahasa kasarnya "BUANG" ibu bapa mereka sendiri. Di mana letaknya akal fikiran mereka? Cuba kita berfikir sejenak..tanpa ibu bapa kita tidak akan wujud di atas muka bumi ini. Ibu bapa telah membesarkan kita dari kecil sampai laa kita menjadi seperti sekarang ini.

Namun begitu, masih lagi ada manusia yang tidak berperikemanusiaan yang sanggup meninggalkan ibu bapa mereka bersendirian mahupun ada yang telah meninggalkan mereka di rumah orang tua.

Sesetengah anak di luar sana menyalahkan ibu bapa mereka sendiri kerana dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Mereka menggunakan faktor kemiskinan sebagai alasan untuk mereka tidak dapat mencapai apa yang mereka impikan! Alasan ini sangat tidak munasabah kerana mereka tidak berjaya disebabkan kelemahan mereka sendiri. Ini kerana sudah terbukti ramai yang berjaya ke peringkat yang tinggi bukan semua berasal daripada keluarga yang berada. Jika orang lain boleh berjaya, kenapa tidak kita??

Kita juga boleh berjaya sekiranya kita memasang niat yang betul serta disusuli dengan usaha yang berterusan tanpa jemu. Tetapi, kita harus ingat..keberkatan daripada ibu bapa amatlah penting. Jika kita berjaya, tetapi ibu bapa di lupakan, "you are totally nothing"! 

Kasihilah ibu bapa seperti mana mereka mengasihi kita dan selalulah berdoa kebaikan untuk mereka.

Allah berfirman dalam surah Al-Israa’ ayat 25 yang bermaksud: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku sewaktu kecil.”



Sama-sama kita renungkan..untuk peringatan bersama.. :)

Saturday, 20 October 2012

Here I am: Suria Mentari

Suria Mentari..why is Suria Mentari? That was have a story behind that name.When i was in secondary school, there is one most respected teacher that i have who is Mr. Koo Bon Chin! 

He was ever great teacher in my school. When the first time he teach my class, he just called me suria. I'm just wondering why he called me like that because my name already there..my name is already written in the books.

Actually, he know my name but i'm suddenly remember his words. "Saya saja panggil awak suria sebab muka awak macam ada cahaya matahari". During that time i'm just thinking that he just make a joke. But there a few of classmates at school also called me that name.

Now, Mr. Koo Bon Chin is one of my best teacher that never forget his student event i'm not in that school anymore. When i was with him, he like to make a joke. I feel that he is my friend, not a teacher..but, i still have to respect him as teacher. I would share my problem with him sometimes. He always ask me, "nak dengar lawak apa hari ini?". So there are  lots of stories that he will tell me just wants to cheer me up. Rasa sangat bertuah mempunyai guru seperti beliau.


When i have an assingment that i would not understand, i just ask him..and he will help me like give some ideas and suggestions. When i keep asking him, lastly he just said "kan dah bagi point, pandai2 elaborate..jangan manja sangat!lol!i admit it. So he makes me to keep study and always try to perform better!and the most important is believe in ourselves that we can do it! aja2 fighting!so, it makes me realize that teacher is most important people besides our parents..guru telah banyak berkorban demi mendidik kita menjadi insan yang berjaya.


I would like to thank to all my teachers since primary school, secondary school and also at the university..jasa kalian akan sentiasa di kenang!love u alls..  :)