Wednesday, 16 January 2013

Rindu pada si budak kecik


Budak ini bernama Adam Mukhlis. Umur baru 4 tahun tapi mulutnya apabila bercakap mengalahkan orang tua. Budak ini tersangat manja dan setiap apa yang dia nak mesti akan dapat. Nak tau apa taktik dia? Bila pergi mana-mana macam mall ke apa mesti dia nak 'something'.

Contohnya, kereta mainan, pedang, bola dan lain-lain yang seangkatan dengannya..Kalau mama dan abah dia cakap tak payah, budak ini akan menangis dan menjerit kuat-kuat. Lepas itu sudah semestinya akan dapat kan..Alangkah best kalau aku pun boleh jadi macam budak ni..

Kekadang geram, cemburu dan marah dekat budak ni..kalau dekat rumah, dia macam bagi arahan je..'Nak air milo!' , 'Pergi ambilkan nasi jap!'..sabar sesabarnya melayan kerenah budak ini..

Yang paling geram bila tengah buat assingment, dia pergi tutup plug..dengan muka tak bersalah berlari-lari kat ruang tamu..rasa macam nak cekik-cekik pun ada..nasib baik ada 'recovery'.

Namun, perasaan nak marah dekat budak ni cepat je hilang..kenapa? Disebabkan budak ini rumah bertambah ceria dan menghiburkan kami sekeluarga. Lebih tepat lagi sebagai penyeri kerana telatahnya sangat membuatkan diriku berasa terhibur.

Sekarang tahun 2013 budak ini sudah start masuk pra sekolah. Bila ditanya ada banyak benda je yang ingin diceritakan. Nama kawan, nama cikgu semua disebutnya..

Inilah adik bongsuku Adam Mukhlis..rindu terhadapnya  bertambah dari hari ke hari. Semoga ikatan persaudaraan ini akan terus berkekalan sampai ke penghujungnya. 


No comments:

Post a Comment